Tentang Kami

Prestige Herbs Manufacturing Sdn. Bhd. ialah syarikat milik penuh Bumiputera yang merupakan antara perintis dalam industri pembuatan kontrak OEM di Nilai, Negeri Sembilan.

Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pembuatan makanan tambahan, kami komited untuk menjadi rakan strategik utama kepada jenama-jenama tempatan dan antarabangsa dalam menghasilkan produk yang selamat, berkualiti dan bernilai tinggi.

Kami menyediakan perkhidmatan pembuatan menyeluruh — merangkumi formulasi produk eksklusif, pembangunan jenama, reka bentuk pembungkusan, proses pengeluaran, serta khidmat nasihat pematuhan regulatori.

Setiap formulasi direka khas oleh pasukan R&D kami untuk memenuhi keperluan unik pelanggan dan trend semasa pasaran.

Prestige Herbs beroperasi berlandaskan piawaian GMP, HALAL dan MESTI, bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan bukan sahaja mematuhi keperluan keselamatan dan kualiti, tetapi juga menepati jangkaan pelanggan.

Dengan moto “Trusted OEM Partner for Premium Supplements”, kami terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam industri pembuatan makanan tambahan — membantu jenama-jenama membina kejayaan mereka dengan produk yang unggul dan dipercayai.

Visi:

Prestige Herbs ingin menjadi perintis dalam pembuatan kontrak (OEM, Jenama Anda Sendiri) terkemuka dalam Industri Makanan.

“Menjadi peneraju global dalam industri nutraseutikal pada 2028, memperkasakan kesihatan dan kesejahteraan melalui makanan tambahan yang inovatif dan berkualiti tinggi yang meningkatkan kehidupan individu dan komuniti di seluruh dunia.”

Misi:

Menyediakan suplemen berkualiti tinggi dengan formulasi berkesan, selamat dan inovatif demi kesihatan yang lebih baik untuk semua.

Menjadi rakan OEM yang dipercayai dalam membangunkan produk suplemen dengan mengutamakan kualiti, ketelusan, dan sokongan menyeluruh untuk kejayaan jenama anda.

Nilai Teras

Inovasi (Innovation)

Kami menggalakkan pemikiran kreatif dan penambahbaikan berterusan dalam proses kerja, formulasi dan teknologi.

Kerjasama (Teamwork)

Kami mengamalkan semangat kerja berpasukan yang saling menyokong, menghormati dan bertanggungjawab bersama.

Kualiti (Quality)

Kami komited untuk memastikan setiap produk dan proses memenuhi piawaian yang ditetapkan serta konsisten dalam pelaksanaannya.

Integriti (Integrity)

Kami berpegang kepada kejujuran, ketelusan dan akauntabiliti dalam setiap tindakan dan keputusan.

Kecekapan (Efficiency)

Kami mengutamakan penggunaan sumber secara optimum serta pelaksanaan kerja yang sistematik dan berkesan.

Keselamatan (Safety & Compliance)

Kami memastikan keselamatan pekerja dan produk melalui pematuhan kepada semua peraturan, piawaian dan keperluan undang-undang termasuk Akta Makanan 1985.

Pensijilan Kami

Hubungi Kami

Email

phmenquiry@gmail.com

(👆🏻Klik Sini Terus ke Email)

No. Telefon

+601 3288 7442
+601 9791 7442
+601 9232 7442
(👆🏻 Klik Sini Terus ke Whatsapp)

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 9.00AM – 6.00PM
Sabtu – Ahad    : CUTI

Alamat

Sosial Media

Prestige Herbs Enquiry Form