Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim

1. Berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan produk saya?

Tempoh pembangunan produk biasanya mengambil masa antara 3 hingga 4 minggu, bergantung kepada jenis produk, kelulusan formulasi, reka bentuk, dan proses pengesahan.

2. Bolehkah saya mendapatkan Pensijilan Halal dan menggunakan logo GMP, MeSTI untuk produk saya?

Ya, produk anda boleh melalui proses pensijilan Halal dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Ya, pelanggan boleh menggunakan logo GMP, MeSTI (kepunyaan pengilang) untuk produk yang diproses dan dibungkus dikilang ini sahaja.

3. Bolehkah saya merumuskan produk saya sendiri?

Boleh. Anda boleh membawa formulasi sendiri atau berbincang dengan pasukan pakar di Prestige Herbs untuk mencipta formulasi baharu yang sesuai dengan jenama anda.

4. Berapakah kos yang terlibat dalam membangunkan produk saya sendiri?

Kos bergantung kepada jenis produk, bahan mentah, kuantiti pengeluaran dan reka bentuk pembungkusan. Sebut harga akan diberikan selepas sesi perbincangan dan pemilihan konsep.

5. Bolehkah saya membangunkan produk saya sendiri dengan modal permulaan yang rendah?

Ya, Prestige Herbs menawarkan pilihan MOQ (minimum order quantity) serendah 100 unit yang fleksibel untuk membantu anda memulakan jenama dengan bajet yang sesuai.

6. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Prestige Herbs?

Prestige Herbs menyediakan perkhidmatan menyeluruh termasuk:

  • Konsultasi produk dan pasaran
  • R&D dan formulasi
  • Reka bentuk pembungkusan
  • Pengadunan dan pembungkusan produk
  • Pendaftaran produk dan pensijilan
  • Logistik dan penghantaran
7. Bolehkah saya janji temu di kilang?

Ya, boleh diatur melalui temujanji terlebih dahulu bagi memberi keyakinan dan kefahaman tentang proses penghasilan produk.

8. Apakah produk yang sedang menjadi tumpuan pengasas?

Produk popular ketika ini termasuk supplement kesihatan kulit, dalaman, produk detoks, minuman premix 3 dalam 1, dan makanan tambahan berasaskan serbuk (powder based)

Hubungi Kami

Email

phmenquiry@gmail.com

(👆🏻Klik Sini Terus ke Email)

No. Telefon

+601 3288 7442
+601 9791 7442
+601 9232 7442
(👆🏻 Klik Sini Terus ke Whatsapp)

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 9.00AM – 6.00PM
Sabtu – Ahad    : CUTI

Alamat

Sosial Media

Prestige Herbs Enquiry Form